RSS

Diet Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

22 Feb
Assalamualaikum Semua…
Okay, dalam entry ni, aku nak kongsi sikit ilmu dengan korang..Mungkin ada yang tahu, dan mungkin tak…Tapi tak apa laa…Aku nak kongsi kepada sesiapa yang tak tahu lagi.. Apa info yang aku nak bagi tu??Okay, macam ni..
 
Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yang kita makan hari-hari, kita tak boleh bedal saja.. Sebab tu laa terjadinya penyakit, seperti kencing manis, lumpuh, sakit jantung, darah tinggi, keracunan makanan dan lain-lain penyakit yang berkaitan apabila kita dah tua nanti.. Apabila korang dah tahu mengenai perkara ni, aku mohon tolong laa sebarkan kepada orang yang korang kenal dan ada sangkut paut dengan hidup korang.. Okay!!
 

Ini adalah diet Rasulullah S.A.W kita juga.. Ustaz Abdullah Mahmood berkata, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya, kerana baginda pandai menjaga pemakanannya seharianya.. Apa kata kita ikut diet ini.. Tak payah laa susah-susah makan pil sebab nak kurus.. Kita ikut je diet yang betul.. InsyaALLAH kalau kita ikut diet Rasulullah ni, gerenti kita tak akan sakit perut atau keracunan makanan..
 
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU..cth:- KOKTEL
 
*JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
 
*TIDUR 1JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
 
*JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YANG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BEGANDA.
 
-Korang nampak memang pelik kan.. Tapi, kalau tak percaya.. Korang cuba laa….Kesannya tu tak nampak laa dalam masa terdekat ni, nanti bila kita da tua, baru nampak kesannya.. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan barat bercampur dengan makan laut.. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.. Ini dikuatiri akan cepat mendapat penyakit.. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion(+ve) manakala dalam ikan mengandungi ion(-ve), jika salam suapan ayam bercampur dengan ikan, makan terjadi tindak balas biokimia yang tehasil yang boleh merosakkan usus kita..
 
-Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan seperti berikut:-
 
*Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit.. Air sejuk yang meresap ke dalam badan kita boleh mengurankan lemak yang terkumpul.. Kita boleh saksikan orang yang mengamal mandi pagi, kebanyakannya tidak gemuk..
 
*Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk(bukan air ais) setiap pagi.. Mujarabnya InsyaALLAH jauh dari penyakit (susah nak kena sakit)..
 
*Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa).. Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan..
 
*Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah kita menjilat jari.. Begitu juga ahli saintis telah jumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah-celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.. (“Enzyme” sejenis alat percerna makanan, tanpanya makan tidak hadam)..
 
p/s:- Sama-samalah kira mengamalkannya..Okay!!!
 
“Sabda Nabi S.A.W, Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaALLAH ALLAH akan menggandakan 10 kali pahala kepadanya..”
Sekian…
Wassalam..
 
Leave a comment

Posted by on 22 February 2012 in Macam-macam dari Gila Cool!!!!!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: