RSS

Author Archives: layandowh

Video

Amazing Tron Dance performed

default (1)

GILA COOL!!!!!

Video menari Tron..best dan pandai diorang buat tarian ni…yang menari ni orang Jepun..

Layan Dowh…

Advertisements
 

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Nabi Muhammad S.A.W. Bersabda baginda yang bermaksud : –

“Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.”

Nabi bersabda, “Solat lima waktu, Jumaat ke jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi diantara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi S.A.W. bersabda, “Telah datang kepadamu Ramadhan, bulan berkah, ALLAH mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi S.A.W. bersabda, “Apabila tiba bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu rahmat.” (HR Muslim)

Nabi S.A.W. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari ALLAH, maka dosanya yang lalu akan diampunkan oleh ALLAH.” (HR Bukhari)

Nabi S.A.W. bersabda, “Apabila datang bulan Ramadhan, kerjakanlah umrah, kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadhan adalah menyamai haji.” (HR Bukhari)

Firman ALLAH, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin ALLAH kerana mereka membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya.Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar.” (al-Qadr : 1-5)

Nabi S.A.W. bersabda, “Sesiapa bersolat pada malam Ramadhan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada ALLAH, akan diampun dosa-dosanya yang lalu.” (HR Muslim)

sumber : lenggangkangkung-my.blogspot.se/2011/07/kelebihan-bulan-ramadan.html

 

Gambar Anak Mawi & Ekin..

Assalamualaikum semua..
 
Lama tak dengar cerita pasal Mawi..Haaa..!!Sekarang dah ada seorang anak…Tahniah kepada Mawi & Ekin..
Ni die gambar anak Mawi yang comel tu..geramnya tengok muka baby ni, rasa macam nak cubit je pipi dia..hehee…
haaa!!!!!comel tak??comel macam mama dia kan..hehee…
 
Yang ni pula, gambar Mawi & Puteri sulungnya…Sedap nama anak Mawi..Cahaya Malaika namanya..Unik kan,bagi aku laa..
 

PELAKON DAN PELAWAK VETERAN, DATUK YAHYA SULONG KOMA DI HOSPITAL AMPANG..

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 84, kini koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang sejak malam tadi.
 
Isteri beliau, Datin Alisah Ali, 65, berkata, suaminya itu menghidap pelbagai penyakit antaranya asma, jangkitan kuman dalam paru-paru, sakit jantung dan kesukaran untuk bernafas.
 
“Pagi semalam, dia masih sihat dan boleh keluar makan bersama saya. Selepas bangun tidur kira-kira pukul 3 petang, dia tiba-tiba tidak boleh bergerak sehingga terpaksa dikejarkan ke HKL (Hospital Kuala Lumpur). 
 
“Berikutan peralatan perubatan yang tidak cukup, suami saya terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang malam tadi.
 
“Ketika ini, dia masih tidak sedarkan diri, namun sekali sekala, dia masih bergerak,” katanya yang menetap di Pangsapuri Seri Perak, Bandar Baru Sentul bersama Yahya.
 
Sementara itu, penyanyi Salwa Abdul Rahman ketika dihubungi memaklumkan, beliau sempat mengunjungi Yahya di Hospital Ampang hari ini.
 
Beliau yang juga ahli jawatankuasa Biro Artis Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) berkata, beberapa rakan artis lain turut hadir antaranya, komposer S. Atan dan Ibnor Riza.
 
Difahamkan, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez akan menziarahi Yahya esok.
 
“Sebagai rakan artis, saya meminta semua peminat seni tempatan agar mendoakan kesihatan Datuk Yahya. Beliau merupakan seorang artis veteran yang banyak berjasa kepada tanah air,” kata Salwa.
 
Leave a comment

Posted by on 22 February 2012 in Macam-macam dari Gila Cool!!!!!

 

Wow…Kreatif!!! Bina Bangunan Dengan Telur

Sebuah binaan berjaya dihasilkan oleh sebuah kumpulan. Apa yang menariknya, hasil kreatif dibangunkan dengan hanya menggunakan ribuan biji telur.
 
Wow… Kreatif!!! Bina Bangunan Dengan Telur. Seperti sebelum ini kita ada melihat pelbagai jenis barangan fizikal seperti biskut, pencungkil gigi yang telah menghasilkan satu replika bangunan menggunakan bahan tersebut. Kali ini satu lagi kerja kreatif berjaya dihasilkan oleh beberapa orang pemuda. Apa yang luar biasanya, seperti yang kita tahu, bentuk fizikal telur adalah berbentuk bujur dan agak sukar didirikan. Namun kumpulan ini berjaya menghasilkan satu binaan kreatif  menggunakan telur yang menarik. Jom tengok gambar binaan telur yang luar biasatersebut.

Haaaa, kreatif kan? Bukan mudah sebenarnya. Kesukaran yang paling utama adalah jika telur tersebut jatuh dari asas binaan, sudah tentu ia akan rentak dan jatuh pecah. Tetapi mereka berjaya membuktikan kesukaran itu bukanlah satu halangan.
 
Sumber: Izyan | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net
 
Leave a comment

Posted by on 22 February 2012 in Macam-macam dari Gila Cool!!!!!

 

Kematian Madonna Mengejutkan Peminat Hiburan Seluruh Dunia..

Selebriti yang baru sahaja mengumumkan akan mengadakan konsert tour tahun ini.
 
Industri hiburan dunia dikejutkan dengan kematian Madonna menerusi laman sosial popular Twitter. Dalam waktu singkat, ”RIP Madonna” menjadi topik hangat di seluruh dunia.
 
“RIP Madonna. She released the cover for her last single before passing away (Berehat dengan aman Madonna. Dia melancarkan single terakhir sebelum mati),” demikian kenyataan @LGMonsterFacts di akaun Twitternya.
 
Bagaimanapun, kenyataan itu hanya sindiran terhadap Madonna oleh kelab peminat Lady Gaga (Little Monster) setelah Madonna mengumumkan bakal mengeluarkan sebuah album baru bersama LMFAO. Namun, kenyataan palsu itu nyata menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak yang beranggapan kenyataan itu sangat biadab. Apatah lagi, dunia baru sahaja kehilangan penyanyi berbakat besar, Whitney Houston.

Malah ada beberapa peminat yang membalas kenyataan tersebut dan beranggapan ia bukan perkara lucu untuk di buat mainan.
 
“Aku sama sekali tidak menganggap TT RIP Madonna ini lucu, kita baru saja kehilangan Whitney Houston. Ini bukan saatnya untuk bergurau. RT jika kalian setuju,” komen @dekendrickS.
 
Leave a comment

Posted by on 22 February 2012 in Macam-macam dari Gila Cool!!!!!

 

I Love You ALLAH..

 
 
Dear ALLAH,
 
I am sorry…
I know I forget You when I am awake
And You  remember me when I asleep
I forget You when I laugh
And You remember me when I cry
I forget You when I love
And You remember me when I hate
I forget  You when I eat
And You remember me when I am hungry
I forget You when I speak
And You remember me when I silence
I forget You when I angry
And You remember me when I am patient
But please, don’t forget me when I am death
I will remember You now I am alive
 
Yours sincerely,
Me.
 
Leave a comment

Posted by on 22 February 2012 in Macam-macam dari Gila Cool!!!!!