RSS

Berbaris Lihat Janggut Nabi Muhammad SAW

 

DHAKA, Bangladesh – Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam.
 
Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai.
 
Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. – Agensi

Sikap Pengurusan KPF Bakal Merugikan Peneroka

 
Leave a comment

Posted by on 22 February 2012 in Macam-macam dari Gila Cool!!!!!

 

Pelajar Tingkatan 5, lari dari rumah ikut kekasih Pakistan..

NURUL ZAKIAH yang hilang sejak 14 Februari lalu dirayu pulang oleh keluarganya.
 
KUALA LANGAT – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.
 
Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.
 
Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu dan tidak pernah menemuinya.
 
Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak berdekatan.
 
Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian ibunya.
 
Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar.
 
Leave a comment

Posted by on 22 February 2012 in Macam-macam dari Gila Cool!!!!!

 

ANAK LAHIR SEMASA BUANG AIR BESAR, BAYI TERJATUH DALAM TAKUNGAN NAJIS

Liputan6.com, Jepara: Seorang ibu di Jepara, Jawa Tengah, melahirkan bayi ketika sedang buang air besar, Rabu (30/3). Nanik Nur Azizah, warga Sinanggul, Kecamatan Mlonggo, Jepara, tak menyedari ketika itu sang bayi kelamin perempuan ikut keluar dan masuk ke lubang takungan najis sedalam empat meter.
 
Evakuasi bayi malang itu, terbilang dramatis. Hampir lima jam warga membongkar toilet yang terbuat dari kayu. Ajaibnya bayi itu selamat setelah bermalam di dalam ltakungan itu. Warga kemudian membawa bayi tersebut ke RSUD Kartini, Jepara. Petugas kini tengah melakukan pemeriksaan secara intensif kerana sebelumnya sempat terjadi gangguan pada pernafasan.
 
Peristiwa yang menimpa Nanik ini sampai sekarang masih menyimpan tanya dibenak warga Sinanggul. Selain bayi ajaib yang mampu bertahan hidup, Nanik juga tidak merasa melahirkan padahal bayinya memiliki berat badan tiga kilogram lebih.
 
 
sumber: Celapikit forum
 
Leave a comment

Posted by on 22 February 2012 in Macam-macam dari Gila Cool!!!!!

 

WANITA MATI SELEPAS DI SUNTIK UNTUK BESARKAN PUNGGUNG

PHILADELPHIA – Seorang wanita berusia 20-an meninggal dunia selepas dia disuntik di bahagian punggungnya bagi tujuan untuk membesarkannya di hotel berhampiran sebuah lapangan terbang Philadelphia, Amerika Syarikat kelmarin.
 
Pihak polis yang sedang menyiasat mengenai punca sebenar kematiannya memberitahu, mangsa bersama tiga orang rakannya datang dari London dan menginap di hotel Hampton Inn.
 
Menurut polis, dua orang daripada mereka pernah datang ke sini pada November lalu untuk menjalani rawatan membesarkan punggung. 
 
Pada Isnin lalu, salah seorang daripada mereka mendapatkan satu lagi suntikan tambahan.
Sementara itu, seorang rakannya menjalani pembedahan membesarkan pinggul.
 
Seorang pegawai polis, Joseph Murray memberitahu, wanita yang disuntik itu kemudian dihantar ke hospital dan meninggal dunia kelmarin.
 
Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pegawai perubatan dari hospital daerah Delaware bagaimanapun masih belum dikeluarkan.
 
Polis kini mencari dua individu yang terlibat dalam prosedur kosmetik tersebut.
Mereka percaya prosedur itu diuruskan menerusi Internet. – Agensi
 
Leave a comment

Posted by on 22 February 2012 in Macam-macam dari Gila Cool!!!!!

 

GADIS 13 TAHUN ALAMI MASALAH PAYUDARA MEMANJANG SEPANJANG LENGAN

Kesian!! Payudara Membesar Sepanjang Lengan.. Kelainan Genetik, Payudara Membesar.Nia Kurnia (13), gadis berasal Subang, Jawa Barat, mengalami pembengkakan payudara atau giant mamae displasia. Kedua payudara Nia membesar hingga sepanjang lengan.
”Payudara Nia membengkak hanya dalam enam bulan terakhir. Pembesarannya sangat cepat. Sekarang payudara yang kanan lebih besar daripada yang kiri,” ucap Imas, ibu Nia ketika ditemui di RS Cipto Mangunkusumo (RSCM).
 
Nia yang selama ini tinggal di Kampung Bojongloa mengaku tak merasakan sakit ketika terjadi pembengkakan. Payudara yang membengkak ini membuatnya merasa berat untuk berjalan walaupun belum sampai membuatnya tidak masuksekolah. Nia lebih sering tidur sehingga bebannya terasa lebih ringan.
 
Sebelum ke RSCM, Nia telah menjalani pengubatan di tiga hospital di Subang dan Bandung. Bahkan, rumah keluarga di Bojongloa sudah dijual untuk membiayai pengubatan Nia. Namun, belum ada kemajuan dari penyakit yang dideritanya.
Ketika diperiksa di RSUD Subang, doktor setempat tidak menemukan penyakit yang menyebabkan pembengkakan payudara Nia. Dokter kemudian merujuk Nia ke RSCM.
Di RSCM Dr Antaria mengatakan, sementara ini Nia akan menjalani rawatan. ”Dia akan memeriksa kesihatan Nia secara menyeluruh meliputi cek darah, USG, mamografi, dan rontgen. Hal ini diperlukan untuk memastikan penyebab pembesaran payudara, sekaligus diambil tindakan yang tepat,” ucap Antaria.
 
Kemungkinan besar, Nia akan menjalani pembedahan pengecilan ukuran payudaranya. Tindakan ini akan dilakukan setelah ada pemeriksaan menyeluruh.
Apabila melihat keadaannya, Nia diperkirakan tidak mengalami kanser ganas atau tumor ganas karena keadaan pesakit masih relatif segar. ”Kemungkinan, Nia mengalami kelainan genetik,” kata Antaria lagi. (ART)
 
Leave a comment

Posted by on 22 February 2012 in Macam-macam dari Gila Cool!!!!!

 

Latif Ibrahim Meninggal Dunia Di IJN Kerana Masalah Jantung

 

PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, memberitahu isterinya, Masriah Mahadan yang dia “teringan hendak balik”.
Masriah,57, memberitahu, kata-kata itu disuarakan Latif ketika dia dimasukkan ke Unit Rawatan Korinari (CCU) IJN pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung.
“Di beritahu saya dia teringin nak balik. Pada masa itu saya tak tahu dia nak balik mana? Tak sangka pula dia rupa-rupanya hendak meninggalkan kita buat selama-lamanya,” kata Masriah kepada mStar Online ketika di temui di rumahnya di AU3, Keramat dekat sini, malam Isnin. 
Menurut Masriah, selama 38 tahun menjadi isteri kepada Latif, Allahyarham merupakan seorang suami yang amat penyayang dan sentiasa memenuhi kehendaknya.
Malah Allahyarham juga sentiasa mahu berada di sisinya dan bagaikan tidak boleh berenggang.
“Dia selalu ingin berada di samping saya. Selama perkahwinan kami, saya menganggap arwah sebagai suami yang amat baik dan bertanggungjawab. Saya bersyukur, ketika arwah sakit, saya dapat menjaganya dengan baik sehinggalah dia menghembuskan nafas terkahir,” katanya.
Sementara itu adik Allahyarham iaitu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham sepatutnya bersama keluarga menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada 13 Mac depan tetapi hajatnya tidak kesampaian.
“Kami turut sedih kerana arwah bukan sahaja tidak dapat menunaikan impian untuk mengerjakan umrah tetapi dia meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tahun pada Khamis ini,” katanya.
Selain penyakit jantung, Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru berair pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu.
Bagaimanpun sejak tahun lepas, Allahyarham sudah tiga kali dikejarkan ke IJN akibat serangan yang sama.
Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan telah membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.
Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.
Beliau turut popular dengan lagu Nora, Pilihklah Aku, Mengenang Dikau Kembali dan lagu joget Manis Kata Di Bibir Saja.
Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, selepas solat Zohor, Selasa.
Selain Masriah, Allahyarham turut meninggalkan dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq,35, dan Haznally,34.
 
Leave a comment

Posted by on 22 February 2012 in Macam-macam dari Gila Cool!!!!!

 

8 Gambar Kucing Paling Comel…

Hurm..rindu rasa nya nak bela kucing…tapi tak boleh..adoiii!!!! Maklum lah, tinggal dengan kakak yang dah beranak pinak…So, kena dengar laa cakap dia…Kalau tak dengar, dihalau dengan penyapu aku dibuatnya..hahaa…Okay, sekarang nih aku nak tunjuk gambar kucing yang paling comel kat korang..JOM…Layan…dowh!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Haaaa….comel kan??hehee…geram betul aku tengok..meow…moew…
 
4 Comments

Posted by on 22 February 2012 in Macam-macam dari Gila Cool!!!!!